Halaman 261
Tarjuman
Bahasa Melayu
43. (Ketika itu) mereka bergegas (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip-kelip dan hati mereka kosong (kerana bingung dan cemas).
44. Dan berilah peringatan (wahai Muhammad) kepada manusia (yang ingkar itu) akan kedatangan azab (pada hari kiamat) kepada mereka. Maka pada saat itu, orang yang zalim akan merayu dengan berkata, “Wahai Tuhan kami, berilah tempoh kepada kami walaupun sebentar, supaya kami menyahut seruan-Mu dan supaya kami mengikut ajaran yang disampaikan oleh rasul-rasul itu.” (Tetapi rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka), “Bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu di dunia) dahulu bahawa kamu tidak akan binasa?”
45. “Dan kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal orang yang menzalimi diri mereka sendiri, serta telah ternyata kepada kamu (dengan bukti-bukti yang jelas) bagaimana Kami telah memperlakukan mereka (dengan menimpakan mereka pelbagai bencana), dan Kami pula telah membuat beberapa perumpamaan kepada kamu (di dalam al-Quran).”
46. Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk membunuh Rasulullah dan menentang Islam), sedangkan pengetahuan tentang rancangan jahat mereka itu ada di sisi Allah. Rancangan jahat mereka itu (walaupun sebesar mana sekali pun), tidak akan dapat melenyapkan gunung-ganang.
47. Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janji-Nya kepada rasul-rasul-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Mempunyai Pembalasan (terhadap orang yang menderhaka kepada-Nya).
48. (Ingatlah) pada hari bumi dan langit-langit ini diganti dengan yang lain, dan manusia semuanya keluar berhimpun menghadap Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.
49. Dan engkau akan melihat orang yang berdosa pada ketika itu diikat dengan rantai-rantai besi.
50. Pakaian mereka adalah daripada minyak yang mudah menyala dan muka (serta seluruh badan) mereka diliputi oleh jilatan api neraka.
51. (Keluarnya manusia dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas setiap orang terhadap apa yang dia telah usahakan. Sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisab-Nya.
52. (Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi peringatan dan supaya mereka mengetahui (dengan hujah-hujah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, dan supaya orang yang berakal mengambil pelajaran.
English
43. Hastening forward with necks outstretched and heads erect, their gaze returning not to them, and their hearts void.
44. And warn mankind of a day when the torment will come to them, then the wrongdoers will say: “Our Lord! Grant us respite for a short term, we will respond to Your call, and we will follow the Messengers.” (But Allah will answer): “Did you not swear before this that there was going to be no end for you?
45. And you dwelt in the dwellings of those who did wrong to their souls, and it was made clear to you how We dealt with them, and surely We had set forth for you their examples.”
46. And surely they planned their plots, but Allah is fully aware of their plots, even though their plots were so effective that mountains could vanish by them.
47. Therefore think not that Allah will ever break His promise to His Messengers. Surely Allah is Mighty, Lord of Retribution.
48. On the day when this earth will be changed to another earth and so will the heavens, and they (the people) will stand before Allah, the One, the Dominant.
49. And you will see the sinners that Day bound together in chains.
50. Their garments will be of pitch, and fire will wrap their faces.
51. In order that Allah may reward every soul for whatever it earned. Surely Allah is swift in reckoning.
52. This is a message unto all mankind, and that they may be warned
therewith, and that they may know that He is the only One God, and that
those who are endowed with understanding may take heed.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

