Surah Hud-j12h225

Halaman 225

Tarjuman
Bahasa Melayu

29. “Dan wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta benda (sebagai upah menyampaikan ajaranku), upahku hanyalah daripada Allah semata-mata dan aku tidak akan menghalau orang yang beriman. Sesungguhnya mereka akan menemui Tuhan mereka, tetapi aku melihat kamu semua kaum yang tidak mengetahui.”

30. Dan (Nabi Nuh berkata lagi), “Wahai kaumku! Siapakah yang akan menolongku daripada (azab) Allah jika aku menghalau mereka? Maka mengapakah kamu tidak mahu mengambil pengajaran?”

31. “Dan aku tidak pernah berkata kepada kamu bahawa aku memiliki khazanah kekayaan daripada Allah dan aku tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib, aku juga tidak mengatakan bahawa aku ini malaikat dan aku juga tidak berkata kepada orang yang kamu pandang hina itu bahawa Allah tidak akan memberi kebaikan kepada mereka. Allah lebih mengetahui akan apa yang ada pada diri mereka. Sesungguhnya jika aku bertindak demikian, nescaya aku tergolong dalam kalangan orang yang zalim.”

32. Mereka berkata, “Wahai Nabi Nuh! Sesungguhnya engkau telah bertikam lidah dengan kami, lalu engkau perbanyakkan bantahanmu kepada kami. Oleh itu, datangkanlah azab yang engkau ancamkan kepada kami jika engkau daripada kalangan orang yang benar.”

33. (Nabi Nuh) menjawab, “Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang akan mendatangkan azab-Nya kepada kamu jika Dia kehendaki dan kamu tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri.”

34. “Dan tidak ada gunanya nasihatku kepada kamu jika aku hendak menasihati kamu kalau Allah hendak menyesatkan kamu (kerana kamu tetap berdegil), Dia-lah Tuhan kamu dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.”

35. Mereka (terus menuduh), bahkan mengatakan (Nabi Nuh) sengaja mengada-adakan (nasihatnya secara dusta). Katakanlah, “Kalau aku yang mereka-reka wahyu itu, maka akulah yang akan menanggung dosa perbuatanku dan aku berlepas diri daripada dosa kesalahan yang kamu lakukan.”

36. Dan diwahyukan kepada (Nabi) Nuh, “Sesungguhnya tidak akan beriman dalam kalangan kaummu melainkan orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan.”

37. “Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya) dan janganlah engkau merayu kepada-Ku (untuk menolong) kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan.”

English

29. And O my people! I ask you not any wealth for (this). My reward is with Allah alone, and I am not going to drive away those who believe. Surely they are going to meet their Lord, but I see that you are ignorant people.

30. And O my people! Who will help me against Allah if I drive them away? Will you not then take heed?

31. And I do not say to you that I have the treasures of Allah, nor do I know the unseen, nor do I say that I am an angel. Neither do I say about those whom your eyes look down upon that Allah will not grant them any good. Allah knows best what is in their souls, surely if I say so, I am then
one of the wrongdoers.”

32. They said: “O Nuh! You have disputed with us, and much have you prolonged the dispute with us, then bring to us what you threaten us with, if you are of the truthful.”

33. He said: “Allah alone will bring it (the punishment) if He wills, and you are not going to escape.

34. And my advice will not profit you, even if I desire to give you sincere advice, if Allah desires to keep you astray. He is your Lord, and to Him you shall return.”

35. Or do they say: “He has forged it?” Say: “If I have forged it, then upon me is my sin and I am free from the sins you commit.”

36. And it was revealed to Nuh: “None of your people will believe except
those who have already believed. Therefore grieve not because of what
they do.

37. And build the Ark before Our eyes and (with) Our inspiration, and
address Me not with regard to those who do wrong, surely they are going
to be drowned.”

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi