j10h199-Surah Al-Taubah

Halaman 199

Tarjuman
Bahasa Melayu

73. Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang kafir dan orang munafik, dan bertindak keraslah terhadap mereka. (Sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahanam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

74. Mereka bersumpah dengan nama Allah bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan ucapan kufur, dan mereka pula menjadi kafir sesudah menzahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu). Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan Rasul-Nya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaan-Nya. Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan, dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong.

75. Dan antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah (sambil berkata), “Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami daripada limpah kurniaan-Nya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi daripada orang yang soleh.”

76. Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka daripada limpah kurniaan-Nya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu serta mereka berpaling (daripada mentaati Allah), dan sememangnya mereka ialah orang yang sentiasa berpaling (daripada Islam).

77. Akibatnya Allah menimpakan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.

78. Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah sentiasa mengetahui apa yang mereka rahsiakan serta apa yang mereka bisikkan, dan bahawasanya Allah Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang ghaib?

79. Orang (munafik) yang mencela sebahagian daripada orang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya serta mereka mengejek-ejeknya, Allah akan membalas ejek-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab yang pedih.

English

73. O Prophet! Strive against the disbelievers and the hypocrites and be strict against them and their abode is Hell and an evil refuge is that.

74. They swear by Allah that they did not say it, and most surely they have spoken the word of disbelief and have disbelieved after accepting Islam, and they attempted to do what they could not carry out and they could not find any cause to do except that Allah and His Messenger had
enriched them out of His grace. Then if they repent, it will be better for them but if they turn back, Allah will punish them with a painful punishment in this world and the Hereafter. And they shall have neither patron nor helper on the earth.

75. And of them are those who made a covenant with Allah, saying: “Surely if He gives us out of His grace, we will surely give alm, and we will surely be of the righteous.”

76. But when He gave them out of His grace, they became miserly and turned back, averse.

77. Therefore, as a consequence of their action, He has put hypocrisy in their hearts till the day they shall meet Him, because they broke their promises to Allah and because they lied.

78. Do they not know that Allah knows their hidden thoughts and their secret counsels, and that Allah is the Knower of all things unseen?

79. Those who defame the believers who give their charities willingly, as
well as those who find nothing (to give) except their own (physical) labour, so they scoff at them, Allah will throw back their scoffing at them and for them is a painful torment.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul