Surah Al-Taubah-j10h190

Halaman 190

Tarjuman
Bahasa Melayu

21. Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredhaan serta syurga, mereka beroleh di dalam syurga itu nikmat kesenangan yang kekal.

22. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah menyediakan di sisi-Nya pahala yang besar.

23. Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai penolong-penolong kamu jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman, dan sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka penolong-penolong kamu, maka merekalah orang yang zalim.

24. Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab-Nya), kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasik (derhaka).

25. Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak peperangan, namun begitu (kamu tewas) di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai, maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikit pun, dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu, kemudian kamu berpaling undur.

26. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya dan kepada orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Dia menyeksa orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran), dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang yang kafir.

English

21. Their Lord gives them glad tidings of mercy from Him, and of satisfaction and of gardens in which there is for them a lasting comfort.

22. They abide therein forever. Surely the reward which is with Allah is great.

23. O you who believe! Take not your fathers and brothers for protectors if they show love to disbelief (rather) than belief. And whoever among you who takes them for friends, then he is one of the wrongdoers.

24. Say: “If your fathers and your sons and your brothers and your mates, and your relations, and the wealth that you have gained, and the trade in which you fear a decline, and the dwellings which please you are dearer to you than Allah and His Messenger and the struggling in His cause, then wait till Allah brings about His command.” For Allah loves not the disobedient people.

25. Certainly Allah has already helped you in many fields, and on the day of Hunayn when your large numbers made you proud, but they availed you nothing, and the land, in spite of its vastness, became straitened to you, and then you turned back in retreat.

26. Then Allah sent down His calm upon His Messenger and upon the believers, and He sent hosts which you did not see, and He punished the disbelievers. Such is the recompense of the disbelievers.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul