Halaman 164
Tarjuman
Bahasa Melayu
105. “Semestinya aku tidak mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar. Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa keterangan yang nyata daripada Tuhan kamu. Oleh itu, bebaskanlah kaum Bani Israel menyertai aku (ke Palestin).”
106. Firaun menjawab, “Kalau benar engkau datang dengan membawa sesuatu bukti (mukjizat), maka datangkanlah bukti itu (supaya aku melihatnya), jika betul engkau daripada orang yang benar.”
107. (Nabi Musa) pun melemparkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang sebenarnya.
108. Kemudian, (Nabi Musa) mengeluarkan tangannya, maka tiba-tiba tangannya (menjadi) putih (bersinar-sinar) bagi orang yang melihatnya.
109. Pembesar-pembesar daripada kaum Firaun berkata, “Sesungguhnya orang ini (Nabi Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.”
110. “Dia mahu mengusir kamu dari negeri kamu.” (Firaun bertanya), “Oleh itu, apa yang kamu syorkan?”
111. Mereka berkata, “Tangguhkanlah dia dan saudaranya (daripada dijatuhkan sebarang hukuman) serta utuslah ke bandar-bandar (beberapa orang di merata-rata negeri Mesir untuk) mengumpulkan (ahli-ahli sihir).”
112. “Yang kelak akan membawa kepadamu (wahai Firaun) segala ahli sihir yang mahir.”
113. Dan ahli-ahli sihir itu datang kepada Firaun lalu berkata, “Apakah kami pasti akan beroleh upah jika kami dapat mengalahkannya?”
114. Firaun menjawab, “Ya, (kamu akan mendapat upah) dan kamu sesungguhnya (akan diangkat menjadi) pembesar yang hampir denganku.”
115. Mereka berkata, “Wahai Musa! Engkaukah yang akan melemparkan (tongkatmu terlebih dahulu) atau kamikah yang akan melemparkan (terlebih dahulu)?”
116. (Nabi Musa) menjawab, “Kamu lemparkanlah (dahulu)!” Maka apabila mereka melemparkan (tongkat-tongkat dan tali masing-masing), mereka menyilap mata orang ramai dan menjadikan orang itu berasa gerun, serta mereka melakukan sihir yang menghairankan (keadaan dan caranya).
117. Dan Kami wahyukan kepada (Nabi) Musa, “Lemparkanlah tongkatmu!” Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka sulapkan (dengan sihir mereka).
118. Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka telah lakukan.
119. Maka mereka (Firaun dan ketua-ketua kaumnya) ditewaskan di situ dan kembalilah mereka dalam keadaan yang terhina.
120. (Kemenangan Nabi Musa itu menjadikan) ahli-ahli sihir itu serta-merta merebahkan diri mereka bersujud.
English
105. I am bound not to say anything about Allah except the truth. Surely I have come to you with clear proofs from your Lord. Then let the Children of Isra’il go with me.”
106. (Pharaoh) said: “If you have come with a sign, then bring it forth, if you are truthful.”
107. So he (Musa) threw down his stick then behold! It was a shining serpent.
108. And he drew out his hand, then behold! It was white (with radiance) to the beholders.
109. The leaders of the people of Pharaoh said: “Surely this (fellow) is an expert sorcerer.
110. He intends to turn you out from your land, what do you recommend then?”
111. They (the counsel) said: “Put him off and his brother, and dispatch runners to all the cities.
112. They will bring to you all the expert sorcerers.”
113. And the sorcerers came to Pharaoh, they said: “We must surely have a reward, if we are the winners.”
114. (Pharaoh) said: “Yes, and moreover you will be of those who are near (to me).”
115. They said: “O Musa! Will you throw, or shall we throw first?”
116. (Musa) said: “You throw (first).” So when they threw, they cast a spell upon the people’s eyes and frightened them, and they produced a great sorcery.
117. And We ordered Musa saying: “Throw down your stick,” then behold! It swallows that which they faked.
118. So the truth was established, and whatever they did was nullified.
119. So they were vanquished then and there, and went back humiliated.
120. And the sorcerers threw themselves down, prostrating.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

