Halaman 119
Tarjuman
Bahasa Melayu
65. Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman (kepada Nabi Muhammad) dan bertakwa tentulah Kami akan menghapuskan daripada mereka kejahatan-kejahatan mereka dan tentulah Kami akan memasukkan mereka ke dalam syurga-syurga yang penuh nikmat.
66. Dan sekiranya mereka bersungguh-sungguh menegakkan Taurat, Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka daripada Tuhan mereka, nescaya mereka akan beroleh makanan (rezeki yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). Antara mereka ada segolongan yang adil dan kebanyakan daripada mereka amat buruk apa yang mereka kerjakan.
67. Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu. Dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bererti engkau tidaklah menyampaikan risalah-Nya. Dan Allah jualah akan memeliharamu daripada (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.
68. Katakanlah, “Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama sehingga kamu menegakkan ajaran-ajaran kitab Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu (iaitu al-Quran).” Dan sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) daripada Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu.
69. Sesungguhnya orang yang beriman, dan orang Yahudi, dan orang Sabi’un (sekumpulan daripada penganut Yahudi), dan orang Nasrani sesiapa sahaja antara mereka yang beriman kepada Allah (dan segala Rasul-Nya) dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka tidak ada rasa takut kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
70. Sesungguhnya Kami telah mengambil perjanjian setia daripada Bani Israel dan Kami telah utus kepada mereka beberapa orang rasul. (Tetapi) setiap kali datang seorang rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka, mereka mendustakan sebahagian daripada rasul-rasul itu dan mereka bunuh pula sebahagian yang lain.
English
65. And were the People of the Book to believe and be pious, We would surely wipe off from them their evils, and We would surely cause them to enter Gardens of Bliss.
66. And were they to uphold the Torah and the Gospel, and what has been sent down to them from their Lord, they would be showered with blessings from above them and from beneath their feet. There are among
them moderate community but evil is that which many of them do.
67. O Messenger! Deliver that which has been sent down to you from your Lord. And if you do not (do it), then you have not delivered His message (at all). And Allah will protect you from mankind. Surely, Allah does not
guide the people who disbelieve.
68. Say: “O People of the Book, upon nothing are you unless you uphold the Torah, and the Gospel, and what has been sent down to you from your Lord.” And what has been sent down to you from your Lord increases most of them in rebellion and disbelief. Grief not, then over the
people who disbelieve.
69. As for those who believe (in the Qur’an), and the Jews, and the Sabians, and the Christians, whoever believes in Allah and the Last Day and does good, no fear shall be upon these, nor shall they grieve.
70. We indeed took a covenant from the Children of Isra’il, and We sent to
them Messengers. Every time a Messenger came to them with that which
their minds wished not, some (of them) they denied, and some they killed.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

