Surah Al-Ma’idah-j6h118

Halaman 118

Tarjuman
Bahasa Melayu

58. Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk mendirikan solat, mereka menjadikan solat itu sebagai bahan ejekan dan permainan. Demikian itu adalah kerana mereka kaum yang tidak (mahu) mengerti.

59. Katakanlah (wahai Muhammad), “Wahai Ahli Kitab! Apakah kamu marah dan menyalahkan kami hanya kerana kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami serta kepada apa yang diturunkan sebelum itu? Dan kebanyakan dari kamu sememangnya ialah orang yang fasik.”

60. Katakanlah, “Mahukah aku khabarkan kepada kamu tentang orang yang lebih buruk pembalasannya di sisi Allah? laitu orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkai-Nya serta pernah antara mereka ada yang dijadikan-Nya kera dan babi (dengan mengubah rupa mereka) dan penyembah taghut (syaitan). Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya (kerana ditempatkan di dalam neraka) dan yang lebih sesat dari jalan yang benar.”

61. Dan apabila mereka (orang Yahudi atau munafik itu) datang kepada kamu, mereka berkata, “Kami telah beriman.” Padahal sesungguhnya mereka itu masuk menemui kamu dengan kekufuran dan sesungguhnya mereka keluar juga dengan kekufuran. Dan Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan (sifat kemunafikan mereka).

62. Dan engkau akan melihat kebanyakan daripada mereka (Ahli Kitab) bersegera (cepat) dalam melakukan dosa dan permusuhan serta memakan yang haram. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.

63. Mengapa ketua-ketua agama dan pendeta-pendeta mereka (Ahli Kitab) tidak melarang mereka daripada mengucapkan perkataan-perkataan dusta dan memakan yang haram? Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.

64. Orang Yahudi itu berkata, “Tangan Allah terbelenggu (sebagai sindiran terhadap Allah kerana tidak melimpahkan rezeki yang luas kepada mereka).” Tangan merekalah yang dibelenggu (kerana tidak mahu membuat kebaikan) dan mereka pula dilaknat disebabkan apa yang mereka telah ucapkan itu, bahkan ‘kedua-dua tangan Allah’ sentiasa terbuka (sentiasa melimpahkan nikmat dan kurniaan yang luas). Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia kehendaki. Dan sesungguhnya apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan daripada mereka bertambah derhaka dan kufur. Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian antara mereka hingga hari kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan (untuk memerangi Nabi Muhammad dan umat Islam), Allah memadamkannya. Dan mereka pula (terus-menerus) berusaha melakukan kerosakan di muka bumi. Dan Allah tidak menyukai orang yang melakukan kerosakan.

English

58. And when you call to prayer, they take it for a joke and a plaything, this is because they are surely a people who do not understand.

59. Say: “O People of the Book, do you find fault with us because we believe in Allah, and what has been sent down to us, and what was sent down before? And surely most of you are disobedient.”

60. Say: “Shall I inform you of something much worse than this, as a recompense from Allah? They are those whom Allah has cursed, and upon whom is His wrath, and of whom He has made apes and swine, and those who worshipped evil. These are worse in station, and far more
astray from the straight path.”

61. And when they come to you, they say: “We believe,” and surely they come in with faithlessness, and surely they go out with it. And Allah knows best what they conceal.

62. And you will see most of them rushing together in sin and transgression, and eating what is forbidden. Certainly evil is that which they do.

63. Why do not their rabbis and the priests keep them back from their speaking sinful words and from eating what is forbidden? Surely, evil is that which they do.

64. And the Jews say: “Allah’s hand is tied up.” Their hands are tied up, and they are accursed for what they say. Rather, both His hands are wide open, He spends as He wills. And what has been sent down to you from your Lord increases most of them in rebellion and disbelief. And We have thrown enmity and hatred among them till the Day of Resurrection. Every time they kindled the fire of war, Allah extinguished it, and they strive to do evil in the earth, and Allah loves not those who do evil.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul