Surah Al-Nisa’-j4h77

Halaman 77

Tarjuman
Bahasa Melayu

1. Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa) dan juga membiakkan daripada kedua-duanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.

2. Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka dan janganlah kamu menukar-ganti yang baik dengan yang buruk dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu, kerana sesungguhnya perbuatan itu adalah dosa yang besar.

3. Jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu sukai daripada wanita-wanita (lain), dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat untuk tidak melakukan kezaliman.

4. Dan berikanlah kepada wanita-wanita itu mahar mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan rela hati memberikan kepada kamu sebahagian daripada maharnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.

5. Dan janganlah kamu serahkan kepada orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang telah Allah jadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu. Berilah mereka belanja dan pakaian daripada hasil hartanya (yang kamu usahakan) dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.

6. Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak daripada keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa. Sesiapa (antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah dia menahan diri (daripada memakannya) dan sesiapa yang miskin maka bolehlah dia memakannya dengan cara yang sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Cukuplah Allah sebagai Yang Mengawasi (akan segala yang kamu lakukan).

English

1. O mankind! Be conscious of your Lord, who created you from a single being, and from that being He created its mate, and from that twain He caused to spread many men and many women, and fear Allah by whom
you demand one of another (your rights), and (respect) the ties of kinship. Surely, Allah watches over you.

2. And give the orphans their belongings, and exchange not the bad for the good, and consume not their belongings by adding them to yours, that indeed is a heinous sin.

3. And if you fear that you will not be able to do justice to the orphan (girls) (by taking them in marriage), then marry whom you like from among other women, two, or three, or four. But if you are afraid that even then you will not be able to keep equality (among your wives), then (marry) only one, or that which your right hands possess. That is nearer to keeping you from doing injustice.

4. And give women their dowries with good accord, but if they of their own wish to give up some of it to you, then consume it with ease and pleasure.

5. And do not hand over your belongings which Allah has made a means of your living to the weak of understanding, but feed them, and clothe them and speak to them words of kindness.

6. And test the orphans till they reach the age of marriage, so if you find
them strong in understanding, then give them back their belongings, and
consume not their belongings wastefully, and hastily, fearing that they
reach their maturity. And he who is rich should abstain from (consuming
it), but he who is poor, let him consume of it with fairness. But when you
give them back their belongings, then take witnesses in their presence, and Allah is All-Sufficient in taking account.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran
Asbab-al-Nuzul