Surah Ali-‘Imran-j4h66

Halaman 66

Tarjuman
Bahasa Melayu

122. (Ingatlah) ketika dua puak daripada kamu (pada hari peperangan Uhud itu) berasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka dan kepada Allah sahajalah hendaknya orang yang beriman itu bertawakal.

123. Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedangkan kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan peralatan perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).

124. (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka), “Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera daripada malaikat yang diturunkan?”

125. Bahkan mencukupi. Jika kamu bersabar dan bertakwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda.

126. Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan sebagai khabar gembira kepada kamu supaya hati kamu tenteram dengan bantuan itu. (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya daripada Allah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.

127. (Kemenangan di Badar itu) kerana Allah hendak membinasakan segolongan daripada orang kafir atau menghina mereka (dengan kekalahan), supaya mereka kembali dengan perasaan hampa dan kecewa.

128. Engkau tidak berhak sedikit pun (wahai Muhammad) dalam urusan (orang kafir) itu, (kerana urusan mereka tertentu bagi Allah), sama ada Dia menerima taubat mereka ataupun Dia menyeksa mereka, kerana sesungguhnya mereka itu orang yang zalim.

129. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dia mengampunkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan dia menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya. (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.

130. Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah mudah-mudahan kamu berjaya.

131. Dan peliharalah diri kamu daripada api neraka yang disediakan bagi orang kafir.

132. Dan taatlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya, supaya kamu diberi rahmat.

English

122. (Remember) when two parties among you were about to lose heart, and Allah was their helper, and in Allah should the believers put their trust.

123. And truly Allah had already given you victory at Badr, while you were a weak little force. Therefore, fear Allah, so that you may be thankful.

124. (Remember) when you said to the believers: “Does it not suffice you that your Lord helps you by sending down three thousand angels?”

125. Indeed it does, (and) if you remain patient, and become pious, and (the enemy) come down on you suddenly, then your Lord will help you with five thousand angels having marks (of distinction).

126. And Allah made not this except as good news for you, and that your hearts may be assured thereby, and (in reality) victory is from Allah alone, the All-Mighty, the All-Wise.

127. That He may cut off a part of those who disbelieve, or vanquish them, so that they retreat in utter hopelessness.

128. And it is not for you at all to decide, He may either turn to them (in mercy), or He may punish them, because they are certainly wrongdoers.

129. And to Allah belongs all that is in the heavens and all that is on the earth. He forgives whom He wills, and punishes whom He wills, for Allah is Often Forgiving, Most Merciful.

130. O you who believe! Devour not usury doubling and redoubling its rate
many times, but fear Allah that you shall prosper

131. And fear the Fire which is prepared for the disbelievers. 

132. And obey Allah and the Messenger, that you may obtain mercy.  

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul