j30h584-Surah Al-Nazi’at

Halaman 584

Tarjuman
Bahasa Melayu

17. (Lalu diperintahkan kepadanya), “Pergilah kamu kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya).”

18. Dan katakanlah kepadanya, “Adakah engkau mahu membersihkan dirimu (daripada kekufuran)?”

19. “Dan aku akan tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau berasa takut (melanggar perintah-Nya).”

20. Maka Musa pun memperlihatkan kepada Firaun mukjizat yang besar.

21. Tetapi Firaun telah mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah).

22. Kemudian dia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa).

23. Maka dia pun menghimpunkan orangnya dan menyeru (kaumnya).

24. Lalu berkata, “Akulah tuhan kamu, yang paling tinggi.”

25. Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini dengan azab yang menakutkan.

26. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi iktibar bagi orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya).

27. (Wahai golongan yang mengingkari kebangkitan hidup semula!) Adakah kamu yang lebih sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan kukuh)!

28. Dia telah meninggikan binaan langit itu lalu menyempurnakannya,

29. Dan Dia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang,

30. Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penghuninya).

31. Dia mengeluarkan darinya (bumi) airnya dan tumbuh-tumbuhan,

32. Dan gunung-ganang pula dikukuhkan kedudukannya (di bumi sebagai tiang pasak yang tetap).

33. (Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak peliharaan kamu.

34. Apabila datang hari bencana yang amat besar.

35. laitu pada hari ketika manusia akan mengingati apa yang telah dikerjakannya,

36. Dan Neraka Jahim diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya.

37. Adapun orang yang melampaui batas,

38. Dan dia lebih mengutamakan kehidupan dunia semata-mata.

39. Maka sesungguhnya Neraka Jahim tempat kediamannya,

40. Dan adapun orang yang takutkan kebesaran Tuhannya dan dia menahan dirinya daripada menurut keinginan hawa nafsunya,

41. Maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya.

42. Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat, “Bilakah masa datangnya?”

43. Siapakah engkau (sehingga) dapat menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?

44. Kepada Tuhanmu dikembalikan kesudahannya (ketentuan waktunya).

45. Tugasmu hanyalah memberi peringatan kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.

46. (Sangatlah dahsyat huru-hara pada hari itu, sehingga orang yang bersalah) pada hari itu merasakan seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sebentar sahaja pada waktu petang atau paginya.

English

17. “Go to Pharaoh, surely he has exceeded the limits. 

18. Then say to him, ‘Do you desire to purify yourself? 

19. And I will guide you to your Lord, so that you should fear (Him)? 

20. And he showed him the great sign. 

21. But he (Pharoah) rejected (it) and disobeyed. 

22. Then he turned back striving (against Allah). 

23. Then he assembled (men) and called out, 

24. And he said: “I am your lord, the most high.” 

25. So Allah seized him in a calamity of the Hereafter and of this world. 

26. Indeed, this is lesson for who so ever fears (Allah).

27. Are you harder to create or the heaven which He has built?

28. He has raised its height and perfected it. 

29. And He made its night dark and brought out its light. 

30. And after that He spread out the earth. 

31. He brought forth from it its water and its pasture. 

32. And the mountains, He made them firm. 

33. (All this) is a provision for you and for your cattle. 

34. Then when the great calamity comes. 

35. The day when man will remember what he strove for, 

36. And the Hell-Fire will be made manifest to him who sees (it). 

37. Then as for him who transgressed. 

38. And preferred the life of this world, 

39. Then surely the Blazing Fire that is his home. 

40. But as for him who feared to stand before his Lord and restrained his soul from evil desires. 

41. Then surely the Garden that is his abode. 

42. They ask you (Muhammad) about the Hour “When will it take place?” 

43. But why are you concerned with the talk of its coming (when you have no knowledge at all)? 

44. To your Lord is the ultimate knowledge of it. 

45. You (Muhammad) are only a warner to those who fears it. 

46. The day they see it, it will be as if they had not tarried but an evening or a morning thereof.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul