Halaman 579
Tarjuman
Bahasa Melayu
6. laitu sebuah mata air (di syurga) yang dijadikan minuman oleh hamba-hamba Allah (yang taat) yang mereka boleh mengalirkannya (ke tempat tinggal mereka) dengan sebaik-baiknya (aliran yang mudah dan menurut kemahuan mereka).
7. (Hal itu kerana) mereka menyempurnakan nazar dan mereka takutkan hari (akhirat) yang azabnya merebak di merata-rata.
8. Mereka juga memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang tawanan,
9. (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati), “Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata. Kami tidak berkehendakkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih,”
10. “Kami sememangnya takutkan Tuhan kami pada suatu hari yang padanya muka orang yang bersalah bermuram dengan penuh kesulitan.”
11. Maka, Allah menyelamatkan mereka daripada kesengsaraan pada hari itu serta memberikan kepada mereka kejernihan (di muka) dan perasaan riang gembira (di hati).
12. Dan Dia juga memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya) dengan syurga dan persalinan daripada sutera.
13. Mereka berehat di dalam syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak merasakan di dalamnya bahang matahari dan tidak juga merasai suasana yang terlampau dingin,
14. Sedangkan naungan pohon-pohon syurga itu dekat kepada mereka dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.
15. Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayan syurga) bekas air yang diperbuat daripada perak dan gelas-gelas minuman yang keadaannya jernih (dan nampak isinya dengan jelas).
16. (Keadaannya laksana) kaca, (sedangkan ia) diperbuat daripada perak. Pelayan-pelayan itu telah mengukur isinya dengan sebaik-baiknya.
17. Dan di dalam syurga itu juga, mereka diberi minum sejenis minuman yang campurannya daripada halia,
18. laitu sebuah mata air di dalam syurga yang dinamakan sebagai Salsabil.
19. Dan mereka dilayani dan dikelilingi oleh pelayan-pelayan muda lelaki yang tetap kekal mudanya. Apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangka bahawa mereka adalah mutiara yang bertaburan.
20. Dan apabila engkau melihat di sana (di dalam syurga itu), nescaya engkau akan melihat pelbagai nikmat dan kerajaan yang besar (yang tidak ada tolok bandingannya).
21. Mereka di dalam syurga itu memakai pakaian hijau yang diperbuat daripada sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan daripada perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman yang bersih suci.
22. (Serta dikatakan kepada mereka), “Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah balasan untuk kamu, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah).”
23. Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) dengan beransur-ansur.
24. Oleh itu, hendaklah engkau bersabar menerima ketetapan Tuhanmu (yang memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa antara mereka atau orang yang kafir.
25. Dan sebutlah nama Tuhanmu (dengan lidah atau dengan hati dalam dan luar solat) pada waktu pagi dan petang,
English
6. A spring from which the servants of Allah will drink, causing it to flow a great flowing.
7. They fulfil their vows, and fear the day whose evil is spread all over,
8. And in spite of their own want, they give food to the poor, and the orphan and the captive,
9. “We feed you for the sake of Allah alone, we desire from you neither reward nor thanks.
10. Surely we fear from our Lord a hard and distressful day.”
11. Therefore Allah will save them from the evil of that day, and will grant them brightness and pleasure.
12. And He will reward them, because they were patient, with a Garden and silk,
13. Reclining therein upon thrones, they will not see therein neither the heat of the sun, nor bitter cold.
14. And the shades thereof will be close upon them, and its fruits will be within easy reach.
15. And there will be made to go around them vessels of silver and goblets of crystal,
16. Crystal-clear, made of silver, which they have measured them according to their wishes.
17. And they will be given to drink there of a cup mixed with ginger,
18. A spring there, called Salsabil.
19. And around them will (serve) abiding youths whom when you see them, would think them to be scattered pearls.
20. And whenever you look there, you will see blessings and a great kingdom.
21. Upon them will be garments made of green fine silk and gold embroidery, and they will be adorned with bracelets of silver and their Lord will give them to drink a pure drink.
22. “Surely this is a reward for you, and your efforts have been accepted.”
23. Surely It is We who have sent down upon you this Qur’an by stages.
24. Therefore wait patiently for the command of your Lord, and obey not any sinner or ungrateful of them.
25. And remember the Name of your Lord morning and evening.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul


