Halaman 576
Tarjuman
Bahasa Melayu
19. Maka celakalah dia! Bagaimanakah dia berani menetapkan (mereka-reka yang demikian)?
20. Sekali lagi, binasalah dia hendaknya! Bagaimana dia berani menetapkan (mereka-reka tuduhan-tuduhan itu)?
21. Kemudian dia merenung dan memikirkan (berkali-kali, mencaci al-Quran, tetapi dia gagal),
22. Setelah itu dia memasamkan mukanya dan merengus,
23. Kemudian dia berpaling (daripada kebenaran) dan bersikap sombong,
24. Seraya berkata, “(Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dipelajari (daripada ahli-ahlinya),
25. “Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!”
26. (Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan memasukkannya ke dalam Neraka Saqar.
27. Tahukah engkau apakah itu Neraka Saqar?
28. Saqar itu tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (ketika membakar mangsanya),
29. la terus-menerus membakar kulit manusia!
30. Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).
31. Dan (ketahuilah bahawa hikmah) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (daripada kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat makhluk yang menjalankan perintah Kami), dan (hikmah) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menjadi ujian bagi orang yang kafir itu dan supaya orang yang diberi kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran al-Quran), dan supaya orang yang beriman bertambah imannya, dan juga supaya orang yang diberi Kitab dan orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu), dan (sebaliknya) supaya orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya (ragu-ragu) dan orang kafir berkata, “Apakah yang dimaksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?” Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan-Nya), dan memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan-Nya). Tiada yang mengetahui bilangan tentera Tuhanmu melainkan Dia sahaja. (Ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.
32. Sekali-kali tidak! Demi bulan,
33. Dan malam apabila ia berlalu,
34. Dan waktu subuh apabila ia mulai terang,
35. Sesungguhnya (Neraka Saqar) itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar,
36. Yang menjadi amaran bagi umat manusia,
37. (laitu) bagi sesiapa antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya).
38. Setiap diri terikat (bertanggungjawab) dengan apa yang telah dikerjakannya,
39. Kecuali golongan kanan,
40. (Mereka ditempatkan) di dalam syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,
41. Tentang orang yang berdosa,
42. (Setelah melihat orang yang berdosa itu, mereka berkata), “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (Neraka) Saqar?”
43. Orang yang berdosa itu menjawab, “Kami dahulunya tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan solat,”
44. “Dan kami tidak pernah memberi makan kepada orang miskin,”
45. “Dan kami pernah memperkatakan perkara yang salah bersama-sama orang yang memperkatakannya,”
46. “Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,”
47. “Sehinggalah kami didatangi oleh kematian (yang pasti).”
English
19. Then may he be cursed, how he plotted!
20. Again, may he be cursed, how he plotted!
21. Then he looked (round),
22. Then he frowned and scowled,
23. Then he turned away arrogantly;
24. And said: “This is nothing but sorcery from that of old,
25. This is nothing but the word of man.”
26. I will soon cast him into the Fire of Hell.
27. And what will make you know what the Fire of Hell is?
28. It spares not, nor does it leave,
29. It scorches the man.
30. Over it are nineteen (guardians).
31. And We have not made the guardians of the Fire others than angels, and We have not made their numbering but as a trial for those who disbelieve, in order that the people of the Book may arrive at certainty, and those who believe may increase in faith, and that the people of the Book and the believers may not doubt, and that those in whose hearts there is a disease and the unbelievers may say: “What does Allah intend by this parable?” Thus does Allah cause to stray whom He wills, and guides whom He wills. And no one knows the hosts of your Lord except He Himself. And this is nothing but a reminder for man.
32. No, by the moon,
33. And the night when it departs,
34. And the dawn when it shines,
35. Most surely it (the Fire) is one of the greatest calamities,
36. A warning to man,
37. For anyone among you who wishes go forward or remain behind.
38. Every soul is a pledge for what it has earned.
39. Except the Companions of the Right Hand.
40. (They will be) in Gardens asking each other,
41. About the sinners.
42. “What brought you into the Fire of Hell?”
43. They will reply: “We were not of those who prayed.
44. And we were not of those who feed the poor.
45. But we used to indulge in vain talk together with vain talkers.
46. And we used to deny the Day of Judgement.
47. Till death overtook us.”
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul


