Surah Al-Muzzammil & Al-Muddaththir-j29h575

Halaman 575

Tarjuman
Bahasa Melayu

20. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawa engkau bangun (bersolat tahajud) kurang daripada dua pertiga malam, atau selama satu perduanya, atau selama satu pertiganya, dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan daripada orang yang bersama-samamu (menepati perintah yang terdahulu). Padahal Allah jualah yang menentukan (dengan tepat) kadar masa malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu sekali-kali tidak akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Dia menarik balik perintah-Nya yang terdahulu (dengan memberi keringanan) kepada kamu. Oleh itu, bacalah apa yang mudah daripada al-Quran (dalam solat). Dia juga mengetahui bahawa akan terdapat antara kamu orang yang sakit dan yang lainnya berupa orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki daripada limpah kurniaan Allah, dan yang lainnya lagi berupa orang yang berjuang pada jalan Allah (untuk membela agama-Nya). Maka bacalah apa yang mudah daripada al-Quran dan dirikanlah solat serta tunaikanlah zakat, dan berilah pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik (ikhlas). (Ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah dengan balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Mohonlah ampun kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


1. Wahai orang yang berselimut!

2. Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).

3. Dan kepada Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya!

4. Dan (pada) pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.

5. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.

6. Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.

7. Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar.

8. Kerana apabila telah ditiup sangkakala,

9. Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar,

10. Bagi orang yang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).

11. (Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakannya (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak),

12. Dan Aku jadikan harta kekayaan yang banyak baginya,

13. Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa berada di sisinya.

14. Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.

15. Kemudian dia sangat inginkan supaya Aku menambahnya,

16. Tidak sekali-kali (akan ditambah), kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (al-Quran yang disampaikan oleh Rasul Kami).

17. Aku akan membebaninya dengan mendaki pendakian yang payah (dengan azab).

18. Kerana sesungguhnya dia telah memikirkan dan menetapkan (mereka-reka pelbagai tuduhan terhadap al-Quran)

English

20. Surely your Lord knows that you rise up (for prayer) nearly two thirds of the night, and (sometimes) half of it, and (sometimes) a third of it, and a party of those with you (also). And Allah measure the night and the day. He knows that you are unable to do it, therefore He turned to you (with mercy). Therefore recite as much of the Qur’an as may be easy (for you). He knows that there may be some among you who are sick, and others travelling in the land seeking the grace of Allah, and others fighting in Allah’s Cause. Therefore recite as much of it as may be easy (for you) and observe prayer, and pay the stated alms, and lend unto Allah a beautiful loan. And whatever good you send forth for your souls, you will find it with Allah, better and greater in reward. And ask forgiveness of Allah. Surely Allah is Often Forgiving, Most Merciful. 


1. O you who are wrapped up (in your mantle). 

2. Arise and warn. 

3. And your Lord magnify.

4. And your garments purify.

5. And all abomination shun. 

6. And bestow not favours to seek increase. 

7. And for the sake of your Lord, be patient. 

8. Then when the Trumpet is blown.

9. That day will be a hard day. 

10. For the unbelievers, anything but easy. 

11. Leave Me alone (to deal) with whom I created, 

12. And whom I granted vast riches,

13. And sons before his eyes, 

14. And for whom I made (life) smooth, 

15. And who then desires that I should add still more. 

16. Never! Surely he has been stubborn to Our revelations, 

17. I will impose on him a severe torment.

18. Because he thought and he plotted,

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran
Asbab-al-Nuzul