Surah Al-Haqqah-j29h567

Halaman 567

Tarjuman
Bahasa Melayu

9. (Selain daripada mereka) telah datang Firaun dan orang yang sebelumnya serta penduduk negeri Mu’tafikah (yang telah diterbalikkan) disebabkan melakukan kesalahan yang besar.

10. laitu masing-masing menderhaka kepada rasul (yang diutus oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka dengan azab yang sangat keras.

11. Sesungguhnya Kami ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan gunung-ganang) Kami telah mengangkut kamu (nenek moyang kamu) ke dalam bahtera (Nabi Nuh).

12. Kami lakukan yang demikian agar peristiwa itu menjadi satu pengajaran bagi kamu dan agar diberi perhatian oleh telinga (orang) yang mahu menerima pengajaran.

13. Kemudian, apabila sangkakala ditiup sekali tiupan,

14. Lalu bumi dan gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan kedua-duanya dengan sekali hentaman (lalu hancur),

15. Maka, pada hari itu berlakulah hari kiamat,

16. Dan terbelahlah langit, kerana pada hari itu ia menjadi lemah (lalu runtuh),

17. Sedangkan malaikat-malaikat mengawal di segala penjurunya. Pada hari itu, Arasy Tuhanmu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.

18. Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal), tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) daripada perkara-perkara yang kamu sembunyikan.

19. Maka, sesiapa yang diberikan kitab catatan amalnya dari sebelah tangan kanannya, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya), “Nah! Bacalah kamu kitab amalku ini!”

20. “Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan).”

21. Maka (dengan itu), dia berada dalam kehidupan yang diredai,

22. Di dalam syurga yang tinggi (darjatnya),

23. Buah-buahannya dekat (untuk dipetik).

24. (Mereka dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan), “Makan dan minumlah kamu sebagai nikmat yang lazat dan baik, disebabkan (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia).”

25. Adapun orang yang diberikan kitab catatan amalnya dari sebelah tangan kirinya, maka dia akan berkata (dengan sesalnya), “Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan kitab amalku,”

26. “Dan aku tidak mengetahui bagaimana hitungan amalku.”

27. “Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi),”

28. “Harta kekayaanku tidak memberi manfaat kepadaku sedikit pun,”

29. “Kekuasaanku (dan hujah-hujah untuk membela diri) telah binasa dan lenyap daripadaku.”

30. (Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka), “Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia,

31. Kemudian masukkanlah dia ke dalam Neraka Jahim,

32. Kemudian, belitlah dia dengan rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta,

33. Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Agung,

34. Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.

35. Maka pada hari ini, tidak ada seorang teman pun baginya (yang dapat menolongnya),

English

9. And Pharaoh and those before him, and the overthrown cities committed sins. 

10. They then disobeyed the messenger of their Lord, so He seized them a severe seizure. 

11. Surely when the water rose high, We bore you in the floating (Ark), 

12. That We might make it a reminder for you, and that the listening ear might remember. 

13. So when the trumpet is blown with a single blowing, 

14. And the earth and the mountains are borne up, and then crushed down with a single crushing,

15. Then on that Day the great event shall befall. 

16. And the heaven will split asunder, for on that day it shall be frail, 

17. And the angels will be on the sides, and eight will bear the Throne of your Lord above them. 

18. On that Day you shall be presented (to Judgment), and no secret of yours will remain hidden. 

19. Then as for him who is given his record in his right hand, he will say: “Take, read my book! 

20. Surely I believed that I was going to meet my reckoning.” 

21. Then he shall be in a life, well-pleasing: 

22. In a lofty garden, 

23. The fruits of which are close at hand, 

24. (And it shall be said): “Eat, and drink at ease because of what you sent before in days past.” 

25. But as for him who is given his record in his left hand, he will say: “O, I wish my book had never been given to me, 

26. And I had never comprehended what my reckoning was, 

27. O would that (death) had been final! 

28. My wealth has availed me nothing, 

29. My authority is perished from me.” 

30. “Take him, and bind him, 

31. Then into the Blazing Fire throw him, 

32. And then pass him through a chain the length of which is seventy cubits. 

33. Surely he believed not in Allah, the Supreme. 

34. And he urged not the feeding of the poor,

35. Then there is no warm friend for him this Day,  

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi