j29h565-Surah Al-Qalam

Halaman 565

Tarjuman
Bahasa Melayu

17. Sesungguhnya Kami telah menguji mereka (dengan bala bencana) sebagaimana Kami menguji pemilik-pemilik kebun (daripada kaum yang lalu), ketika mereka bersumpah (bahawa) mereka pasti akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi,

18. Serta mereka tidak mengecualikan (di dalam sumpah itu dengan mengucap, “Insya-Allah”).

19. Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana daripada Tuhanmu (pada malam hari) ketika mereka semua sedang tidur.

20. Lalu kebun itu menjadi seperti malam yang gelap gelita (hangus terbakar).

21. Kemudian pada pagi hari, mereka saling memanggil antara satu sama lain,

22. (Setengahnya berkata), “Pergilah pada waktu pagi ke kebun kamu, jika kamu benar-benar mahu memetik buahnya.”

23. Lalu mereka berangkat sambil berbisik-bisik (dengan berkata),

24. “Pada hari ini, janganlah hendaknya ada seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu.”

25. Dan pergilah mereka pada pagi hari itu, dengan anggapan (bahawa) mereka berkuasa (menghalang fakir miskin daripada hasil kebun itu).

26. Sebaik sahaja mereka melihat kebun itu, mereka berkata, “Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita).”

27. (Setelah mereka meneliti, mereka berkata), “Bahkan kita adalah orang yang dihampakan (daripada hasil kebun).”

28. Orang yang bersikap adil antara mereka berkata, “Bukankah aku telah mengatakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang fakir miskin daripada mendapat habuan mereka), alangkah baik sekiranya kamu bertasbih (mengingati Allah dan membatalkan rancangan jahat itu)?”

29. Mereka berkata (dengan sesalnya), “Maha Suci Tuhan kami Sesungguhnya kami adalah orang yang zalim!”

30. Lalu sebahagian mereka menghadap sebahagian yang lain, sambil cela-mencela.

31. Mereka berkata, “Alangkah celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orang yang melampaui batas.”

32. “Semoga Tuhan kita menggantikan yang lebih baik daripada (kebun yang telah binasa) itu bagi kita. Sesungguhnya kita mengharapkan keampunan daripada Tuhan kita.”

33. Demikianlah azab (yang telah ditimpakan kepada golongan yang ingkar di dunia), dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi jika mereka orang yang mengetahui.

34. Sesungguhnya orang yang bertakwa disediakan bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhan mereka.

35. Apakah patut Kami menjadikan orang Islam (yang taat) sama seperti orang yang berdosa?

36. Apa sudah jadi kepada (akal) kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?

37. Atau adakah kamu mempunyai sebuah kitab (daripada Allah) yang kamu membacanya?

38. Bahawa dalam kitab itu, kamu boleh memilih apa yang kamu sukai?

39. Atau adakah kamu memperoleh janji yang diperkuatkan dengan sumpah daripada Kami, yang tetap berlaku hingga hari kiamat jika kamu benar-benar dapat mencapai apa yang kamu putuskan?

40. Bertanyalah kepada mereka, “Siapakah orangnya antara mereka yang bertanggungjawab terhadap keputusan yang diputuskan itu?”

41. Atau adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu (yang menjamin mereka kalau ada?) maka hendaklah mereka mendatangkan sekutu-sekutu itu, jika mereka adalah orang yang benar.

42. (Ingatkanlah orang yang tidak beriman) akan hari disingkapnya betis (kerana dahsyatnya huru-hara hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud, maka mereka tidak dapat melakukannya,

English

17. Surely We will try them as We tried the companions of the garden, when they took an oath that they would certainly reap their crop in the morning. 

18. And they made no reservations. 

19. Then a visitation (fire) from your Lord visited it while they were asleep. 

20. So it (the garden) became burnt black. 

21. And they called out to one another the next morning.

22. Saying: “Go early to your field, if you are going to reap.” 

23. Then they went, while they were talking in low tones.

24. (Saying): “Let no poor man enter it today against your (wish).” 

25. And in the morning they went with strong intention. 

26. But when they saw it, they said: “Surely we have lost our way. 

27. No, we are deprived of it.” 

28. The best among them said: “Did I not say to you, ‘why do you not glorify (Allah)?’” 

29. They said: “Glory be to our Lord, surely we were wrongdoers.” 

30. Then some of them came forward to others, blaming one another. 

31. They said: “O woe to us! We were surely transgressors. 

32. Maybe our Lord will give us in its place something better than it, surely we turn to our Lord.” 

33. Such is the suffering. And surely the suffering of the Hereafter is greater, if they but knew.

34. Surely for the pious, there are Gardens of bliss with their Lord. 

35. Shall We then make the Muslims like the sinners? 

36. What is the matter with you? How do you judge? 

37. Or is there a book for you from which you read, 

38. That you surely have therein what you choose? 

39. Or is it that you have oaths from Us, reaching to the Day of Resurrection that you shall have whatever you wish? 

40. Ask them as to which of them will vouch that, 

41. Or is it that they have associates? Then let them bring their associates, if they are truthful. 

42. On a Day when they will be in a great confusion (lit. when the shin is exposed) and they shall be called to prostrate, but will not be able to do so. 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul