Halaman 554
Tarjuman
Bahasa Melayu
9. Wahai orang yang beriman! Apabila dilaungkan seruan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu). Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenar).
10. Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak-banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
11. Dan apabila mereka melihat perniagaan atau mendengar sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) ke arahnya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar ketika berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad), “Pahala (balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik daripada hiburan dan perniagaan itu.” Allah sebaik-baik Pemberi rezeki.
1. Apabila orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata, “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sememangnya Rasulullah.” Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.
2. Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai, (untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh dan harta mereka daripada dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) daripada menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.
3. Demikian itu adalah kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang Islam), kemudian mereka menjadi kafir, lalu dengan sebab itu hati mereka dikunci mati. Kerana itu, mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).
4. Dan apabila engkau melihat mereka, engkau kagum dengan tubuh badan mereka. Apabila mereka berkata-kata, engkau juga kagum mendengar tutur kata mereka (kerana manis dan petah). (Dalam pada itu) mereka umpama batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). (Kerana rasa bersalah, mereka sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) mereka menyangka setiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah ditujukan kepada mereka (untuk membahayakan mereka). Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya, maka berwaspadalah terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka daripada rahmat-Nya. (Pelik) bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada kebenaran sedangkan buktinya jelas)?
English
9. O you who believe! when the call is announced for the prayer on the Friday, then hasten to the remembrance of Allah, and leave off all business, that is better for you, if you know.
10. But when the prayer is finished, then disperse through the land, and seek the Grace of Allah, and remember Allah much, that you may be successful.
11. And when they see merchandise or sport, they break up to it, and leave you standing (alone). Say: “What is with Allah is better than sport and (better) than merchandise,” and Allah is the Best of Provider.
1. When the hypocrites come to you (O Muhammad!) they say: “We bear witness that you are most surely the Messenger of Allah,” and Allah knows that most surely you are His Messenger, and Allah bears witness that the hypocrites are most surely liars.
2. They have made their oaths a screen so that they may turn (men) from the way of Allah, surely evil is that which they do.
3. This is because they believed, then disbelieved, therefore a seal was set upon their hearts, so that they do not understand.
4. And when you see them, their figures please you and when they speak, you listen to their speech. They are as if they were propped-up timbers. They think that every cry is against them. They are enemies, therefore beware of them. The curse of Allah be on them, then how they are turned away (from the truth)?
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran


