Surah Al-Qamar-j27h530

Halaman 530

Tarjuman
Bahasa Melayu

28. Dan khabarkanlah kepada mereka bahawa sesungguhnya air (telaga mereka) terbahagi antara mereka dengan unta itu. Tiap-tiap bahagian air itu dihadiri oleh yang berhak mengambilnya (pada hari gilirannya).

29. (Mereka selepas itu merasa bosan dengan pembahagian itu dan merancang hendak membunuhnya), lalu mereka memanggil kawan mereka (yang sanggup membunuhnya), lalu dia pun menangkap unta itu dan membunuhnya.

30. Maka perhatikanlah bagaimana dahsyatnya azab-Ku dan (kesan) amaran-amaran-Ku.

31. Sesungguhnya Kami menghantar kepada mereka satu pekikan (yang amat kuat), lalu menjadilah mereka (hancur) seperti kayu-kayu kering yang dijadikan sebagai kandang binatang ternakan.

32. Sesungguhnya Kami telah mudahkan al-Quran untuk peringatan dan pengajaran. Maka, adakah terdapat orang yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

33. (Demikian juga) kaum (Nabi) Lut telah mendustakan ancaman-ancaman (yang disampaikan oleh Nabi Lut).

34. Sesungguhnya Kami telah menghantar kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu-batu, kecuali keluarga (Nabi)Lut. Kami menyelamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) sebelum fajar menyinsing,

35. Sebagai satu nikmat daripada Kami. Demikianlah Kami membalas orang yang bersyukur,

36. Dan sesungguhnya (Nabi Lut) telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab Kami. Tetapi, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu.

37. Dan sesungguhnya mereka telah memujuk (Nabi Lut) agar menyerahkan tetamunya, lalu Kami butakan mata mereka (dan dikatakan kepada mereka), “Maka rasalah azab-Ku dan (kesan) amaran-amaran-Ku.”

38. Dan sesungguhnya mereka telah ditimpa azab yang kekal (hingga ke akhirat) pada keesokan harinya.

39. Lalu (dikatakan kepada mereka), “Maka rasalah azab-Ku dan (kesan) amaran-amaran-Ku.”

40. Dan sesungguhnya Kami telah mudahkan al-Quran untuk peringatan dan pengajaran. Maka, adakah terdapat orang yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

41. Sesungguhnya Firaun dan kaumnya juga telah didatangi ancaman-ancaman.

42. Mereka telah mendustakan kesemua mukjizat-mukjizat Kami, lalu Kami timpakan azab kepada mereka sebagai satu azab daripada Yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa.

43. Adakah orang kafir dalam kalangan kamu (wahai kaum musyrik Makkah) lebih baik daripada kaum-kaum yang kafir tersebut sebelum itu (dari segi kekuatan, kehandalan dan sebagainya)? Atau adakah kamu mempunyai sebarang jaminan kebebasan (daripada azab) dalam kitab-kitab suci terdahulu?

44. Atau apakah mereka akan berkata (dengan angkuhnya), “Kami adalah satu kaum yang bersatu, yang sudah pasti akan menang.”

45. Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari.

46. (Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan) dan (azab) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit.

47. Sesungguhnya orang yang berdosa berada dalam keadaan kesesatan (di dunia), dan di dalam api neraka (di akhirat kelak).

48. laitu pada hari mereka diseret ke dalam neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka), “Rasakanlah sentuhan api neraka.”

English

28. And inform them that the water is to be shared between them, everyone shall have his turn to drink.” 

29. But they called their companion, and he took (a sword) and hamstrung her. 

30. Then how (terrible) was My torment and My warning? 

31. Surely We sent against them a single cry, and they became like the dried-up, crumbling twigs of a sheepfold. 

32. And surely We have made this Qur’an easy to remember but is there anyone who will mind? 

33. The people of Lut, rejected the warnings. 

34. Surely We sent upon them a violent storm of stones, except the family of Lut, whom We saved in last hour of the night, 

35. As a favour from Us. Thus do We reward him who gives thanks. 

36. And surely he had warned them of Our severe punishment, but they doubted the warning. 

37. And they surely intended to carry away his guests, so We blinded their eyes, (and We said): “Taste then My torment and My warning.” 

38. And surely a lasting torment overtook them in the morning. 

39. “Taste then My torment and My warning.” 

40. And surely We have made this Qur’an easy to remember but is there anyone who will mind?

41. And certainly the warners came to the people of Pharaoh. 

42. They rejected all Our signs, therefore We seized them a seizing of the All-Mighty, the All-Capable. 

43. Are your disbelievers better than those? Or is there an immunity for you in the scriptures? 

44. Or do they say: “We are a united host able of helping ourselves?” 

45. Soon will this host be routed, and they will turn back (and flee). 

46. No! The Hour is their appointment time, and that Hour will be most dreadful and most bitter. 

47. Surely the sinners are in error and madness. 

48. The day they will be dragged into the Fire on their faces: “Taste the touch of Hell.” 

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul