Halaman 528
Tarjuman
Bahasa Melayu
45. Dan bahawa sesungguhnya Dia-lah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan,
46. Daripada (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim),
47. Dan bahawa sesungguhnya Dia-lah yang menetapkan kejadian yang lain,
48. Dan bahawa sesungguhnya Dia-lah yang memberikan kekayaan dan memberikan kecukupan,
49. Dan bahawa sesungguhnya Dia-lah Tuhan (pencipta) Bintang Syi’ra (bintang yang disembah pada zaman jahiliah),
50. Dan bahawa sesungguhnya Dia-lah yang membinasakan kaum ‘Ad yang pertama (kaum Nabi Hud),
51. Dan kaum Thamud (kaum Nabi Soleh). Maka tidak ada seorang pun (daripada kedua-dua kaum itu) yang dibiarkan hidup.
52. Dan kaum (Nabi Nuh) sebelum itu (telah juga dibinasakan). Sesungguhnya mereka adalah orang yang sangat zalim dan sangat melampaui batas.
53. Dan bandar-bandar yang diterbalikkan itu (umat Nabi Lut), Dia-lah yang (mengangkatnya ke angkasa dan) menghempaskannya ke bumi,
54. Lalu (penduduk) bandar-bandar itu ditimpa azab yang menimpanya.
55. Maka yang mana satu antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)?
56. (Al-Quran) ini adalah pemberi amaran antara pelbagai amaran yang terdahulu!
57. Telah hampir datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat),
58. Tidak ada sesiapa pun selain Allah yang dapat menyatakan bila dan bagaimana terjadinya.
59. Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap perkhabaran al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)?
60. Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?
61. Sedangkan kamu adalah orang yang berlengah-lengah (dalam melaksanakan kewajipan)?
62. Maka, hendaklah kamu bersujud kepada Allah (yang telah menurunkan al-Quran itu), dan beribadahlah kepada-Nya (bukan kepada berhala-berhala).
1. Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan telah terbelah bulan.
2. Dan jika mereka (kaum musyrik Makkah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling dan berkata, “(Ini ialah) sihir yang terus-menerus berlaku.”
3. Dan mereka mendustakan (Nabi Muhammad) dan mengikut hawa nafsu mereka. Setiap urusan telah ada ketetapan (yang ditentukan oleh Allah).
4. Dan sesungguhnya telah sampai kepada mereka (melalui al-Quran) sebahagian daripada kisah-kisah (umat-umat terdahulu) yang mengandungi perkara yang mencegah (dengan sekeras-keras daripada sikap kufur itu).
5. (Demikian itu) sebagai hikmah (pengajaran) yang lengkap. Tetapi, segala peringatan itu tidak akan berguna (bagi orang yang ingkar).
6. Oleh itu, berpalinglah daripada mereka (wahai Muhammad dan jangan mempedulikan mereka) pada hari penyeru (Malaikat Israfil) menyeru (mereka pada hari kiamat) kepada perkara yang tidak menyenangkan (orang yang bersalah),
English
45. And that it is He Who created the pairs, male and female.
46. From a sperm when it is emitted.
47. And that upon Him is the second creation (resurrection).
48. And that it is He who enriches and gives contentment.
49. And that He is the Lord of Sirius (the brightest star).
50. And that He destroyed the ancient ‘Ad.
51. And Thamud, whom He cut off then.
52. And the people of Nuh before them, surely they were most unjust and most rebellious.
53. And He destroyed the overthrown cities (of the people of Lut).
54. Therefore there covered them that which covered (i.e torment with stones).
55. Then which of your Lord’s favours will you (O man!) dispute?
56. This (Muhammad) is a warner from among the warners of old.
57. The Hour of Judgment draws near.
58. No one besides Allah can avert it.
59. Do you then wonder at this news?
60. And will you laugh at it and not weep.
61. While you are indulging in vanities.
62. Therefore prostrate before Allah, and worship Him.
1. The Hour has drawn near, and the moon is cleft asunder.
2. And if they see a sign, they turn away, and say: “Old sorcery.”
3. And they rejected (the truth) and follow their desires, but every affair has its appointed time.
4. And surely many news have come to them in which there are warnings,
5. (Of) perfect wisdom, but (the preaching of) warners profit (them) not.
6. Therefore (O Muhammad) turn away from them. The day the caller will call them to a terrible matter.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul

Khulasah Al-Quran


