j26h521-Surah Al-Dzariyat

Halaman 521

Tarjuman
Bahasa Melayu

7. Demi langit yang mempunyai jalur-jalur (orbit peredaran bintang-bintang dan planet-planet).

8. Sesungguhnya kamu benar-benar berada dalam keadaan berbeza pendapat (mengenai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad).

9. Dipalingkan daripada (Nabi dan al-Quran) itu orang yang telah dipalingkan Allah (daripada jalan petunjuk).

10. Binasalah orang yang sentiasa berdusta,

11. (laitu) orang yang tenggelam dalam kejahilan serta lalai.

12. Mereka bertanya (secara mengejek), “Bilakah datangnya hari pembalasan itu?”

13. (Hari itu ialah) hari mereka diseksa (dengan dibakar) di atas api neraka.

14. (Sambil dikatakan kepada mereka), “Rasakanlah azab yang disediakan untuk kamu. Inilah azab yang dahulunya kamu minta disegerakan kedatangannya.”

15. Sesungguhnya orang yang bertakwa itu berada di dalam taman-taman syurga dengan mata air-mata air yang terpancar padanya.

16. Sambil menerima segala pemberian Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang yang berbuat kebaikan.

17. Di dunia mereka tidur sedikit sahaja pada waktu malam.

18. Dan mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun) pada waktu pagi sebelum fajar.

19. Dan pada harta-harta mereka (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta-minta.

20. Dan di bumi, terdapat tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang yang yakin.

21. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

22. Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah ditakdirkan kepada kamu.

23. Maka demi Tuhan langit dan bumi! Sesungguhnya itu sememangnya benar sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) perkataan yang kamu ucapkan (sudah dimaklumi oleh kamu).

24. Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu (Nabi) Ibrahim (malaikat-malaikat) yang dimuliakan?

25. Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata, “Salam sejahtera kepadamu!” Dia menjawab, “Salam sejahtera kepada kamu!” (Sambil berkata dalam hati,) “Mereka ini orang yang tidak dikenali.”

26. Kemudian dia masuk mendapatkan isterinya, serta dibawanya keluar daging seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang).

27. Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata, “Silalah makan.”

28. (Setelah dilihatnya mereka tidak menjamah makanan itu), maka dia berasa takut melihat keadaan mereka. (Melihat keadaannya), mereka berkata, “Janganlah engkau takut (wahai Ibrahim kerana kami adalah utusan Tuhanmu).” Dan mereka memberikan berita gembira kepadanya bahawa dia akan beroleh seorang anak yang berilmu (Nabi Ishaq).

29. (Mendengarkan berita yang menggembirakan itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sendiri sambil berkata, “Aku sudah tua lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)?”

30. Mereka berkata, “Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja). Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.”

English

7. By the sky full of paths.

8. Most surely you are in a discordant in what you say (about Muhammad and the Qur’an).

9. (Only) he is turned from (Muhammad and the Qur’an) is he who deceive himself.

10. Cursed be the liars.

11. Who are preoccupied by their ignorance.

12. They ask: “When is the Day of Judgment?”

13. (It will be) on that day (when) they will be tried (punished) over the Fire!

14. “Taste your trial (punishment), this is that which you asked to be hastened.” 

15. Surely the pious will be in Gardens and Springs.

16. Taking what their Lord gives them. Surely they were doers of good before this

17. They used to sleep but little in the night (praying to Allah).

18. And at dawn they were (found) praying (and seeking) for forgiveness.

19. And in their wealth was a share for the beggar (who ask) and the needy (who do not asks others).

20. And on the earth are signs for those who are convinced with faith.

21. And in your own selves (as well). Will you not then see?

22. And in the heaven is your provision, and also that which you are promised.

23. And by the Lord of the heavens and the earth, most surely this is the Truth, just as the fact that you speak.

24. Has the story of the honoured guests of Ibrahim (three angles) reached you?

25. When they came in to him, and said: “Peace.” He replied: “Peace, (you are) strangers.”

26. Then he went quietly to his family, and brought out (them) a fatted calf,

27. And he put it near them. He said: “Will you not eat?”

28. Then he conceived a fear of them. They said: “Fear not.” And they gave him the glad tidings of a knowledgeable son.

29. Then his wife came up crying, and she smote her face, and said: “(I am) an old barren woman!”

30. They replied: “Even so, says your Lord.” Surely He is the All-Wise, the All-Knowing.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi