Halaman 520
Tarjuman
Bahasa Melayu
36. Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) telah Kami binasakan. Kaum-kaum itu lebih besar kekuatannya (dan kehandalannya) daripada mereka, lalu kaum-kaum itu keluar mencari perlindungan di merata-rata negeri. (Meskipun demikian keadaannya) dapatkah (mereka) menyelamatkan diri (dari kematian)?
37. Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, sememangnya mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar) atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (untuk mengambil pengajaran), sedangkan dia menyaksikannya.
38. Sesungguhnya Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara kedua-duanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang keletihan.
39. Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.
40. Serta bertasbihlah kepada-Nya pada malam hari dan sesudah mengerjakan solat.
41. Dan dengarlah (apa yang diterangkan kepadamu sekarang ini mengenai hari kiamat) pada hari penyeru (malaikat) menyeru (makhluk-makhluk yang telah mati) dari tempat yang dekat (yang dapat didengar oleh semuanya).
42. (laitu) hari mereka mendengar pekikan seruan (malaikat Israfil) yang menyatakan perkara yang benar. Itulah hari kebangkitan (hari masing-masing keluar dari kubur).
43. Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan, dan kepada Kami-lah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).
44. Pada hari bumi terbelah untuk mereka segera keluar (daripadanya). Yang demikian itu ialah pengumpulan yang mudah bagi Kami.
45. Kami lebih mengetahui tentang apa yang mereka katakan (daripada pelbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad), dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan al-Quran ini kepada orang yang takut kepada (janji) azab-Ku.
1. Demi (angin) yang menerbangkan debu dengan kuat,
2. Dan awan yang mengandungi beban (hujan),
3. Dan kapal-kapal yang belayar laju dengan mudah,
4. Dan malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan segala urusan.
5. Sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) pasti benar.
6. Dan bahawa sesungguhnya balasan amal pasti akan berlaku.
English
36. And how many a generation before them have We destroyed those who were stronger than them in power? Then they went about in the lands: was there any place to escape?
37. Surely there is a reminder in that for him who has a heart, or who gives ear while he is a witness (heedful).
38. And We have surely created the heavens and the earth and what is between them into six periods (lit. days), and no weariness touched Us.
39. Therefore be patient of what they say, and glorify your lord with the praises of before rising of the sun and before its setting.
40. And again during the night, glorify him with praises, and after prostrating.
41. And listen for the day when the caller shall call from a near place.
42. The day they will hear the inevitable cry in truth, that is the day you come out (from the graves).
43. Surely We give life and We cause death, and to Us is the final return.
44. The Day when the earth will be rent asunder under them, (and) they will come forth hastening. Such gathering is an easy matter for Us.
45. We know best what they say and you are not to force them therefore remind by means of this Qur’an, him who fears My threat.
1. By (the winds) that scatter (dust) with a true scattering.
2. And those (dust) that bear a load (of rain).
3. And (the ships) that float with ease.
4. And those (angles) who distribute the Commands (of Allah).
5. Most surely what you are promised is true.
6. And most surely the judgment must happen.
Mandarin

Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran

