Surah Al-Fath & Al-Hujurat-j26h515

Halaman 515

Tarjuman
Bahasa Melayu

29. (Nabi) Muhammad ialah Rasulullah dan orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadah rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurniaan (pahala) daripada Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang yang soleh) terdapat pada muka mereka iaitu daripada kesan sujud (dan ibadah mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat. Sifat mereka yang disebut di dalam Kitab Injil, (bahawa mereka diibaratkan) seperti pokok tanaman yang mengeluarkan tunasnya, lalu tunasnya itu subur sehingga menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dalam keadaan mengagumkan orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad dan pengikut-pengikutnya bertambah serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Dia hendak menjadikan orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki (dengan bertambahnya umat Islam itu). (Selain itu) Allah telah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh dalam kalangan mereka dengan keampunan dan pahala yang besar.


1. Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya (dalam melakukan sesuatu perkara sebelum mendapat hukum atau izin daripada kedua-duanya) dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

2. Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suara kamu melebihi suara Nabi dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana kamu menyaringkan suara semasa bercakap sesama kamu. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedangkan kamu tidak menyedarinya.

3. Sesungguhnya orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah, mereka itulah orang yang telah dibersihkan oleh Allah akan hati mereka untuk bertakwa. Mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

4. Sesungguhnya orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat isteri-isterimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tatatertib).

English

29. Muhammad is the Messenger of Allah and those who are with him are strict against the unbelievers and merciful among themselves. You see them bowing and prostrating, seeking grace from Allah and (His) pleasure. Their marks are on their faces, because of prostrating. That is their attribute in the Torah and their attribute in the Gospel, like a cultivated field which puts forth its sprout, then strengthens it, then it becomes thick, then it stands on its own stem, delighting the sowers, (but) they cause anger to the unbelievers. Allah promises those among them who believe and do righteous deeds, forgiveness and a great reward.


1. O you who believe! Do not take precedence over Allah and His Messenger, and fear Allah. Surely Allah is Hearing, Knowing.

2. O you who believe! Raise not your voices above the voice of the Prophet, and speak not to him loudly as you speak loudly to one another, lest your deeds go for nothing while you perceive not.

3. Surely those who lower their voices in the presence of the Messenger of Allah are they whose hearts Allah has tested for piety. For them is forgiveness and a great reward.

4. Surely most of those who call out to you from behind the private chambers, surely most of them do not understand.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Asbab-al-Nuzul
Khulasah Al-Quran