Halaman 509
Tarjuman
Bahasa Melayu
20. (Kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam,) orang yang beriman berkata, “Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (daripada al-Quran yang mewajibkan jihad)?” Maka apabila diturunkan satu surah (daripada al-Quran) yang jelas keterangannya dan disebut di dalamnya hukum-hakam yang mewajibkan perang (jihad), sudah tentu engkau akan melihat orang yang ada penyakit (syak dan kufur) dalam hatinya memandang kepadamu (dengan terbeliak matanya) seperti pandangan orang yang pengsan kerana takut menghadapi mati. Dengan yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka.
21. (Mereka selalu berkata,) “Mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah).” Apabila perintah (jihad) itu telah tetap wajibnya, maka jika mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintah-Nya), tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka.
22. Maka apakah sekiranya kamu berpaling (daripada keimanan), kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturahim dengan kaum kerabat (iaitu kembali kepada akhlak jahiliah)?
23. (Orang yang melakukan perkara tersebut, maka) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran dan dibutakan penglihatan mereka.
24. (Setelah diterangkan yang demikian), maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran atau hati mereka terkunci (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran)?
25. Sesungguhnya orang yang telah kembali ke belakang (kepada kekufuran) sesudah ternyata kebenaran (petunjuk) kepada mereka (yang dikemukakan itu), maka syaitanlah yang memperdayakan mereka (melakukan yang demikian) dan memanjangkan angan-angan mereka.
26. Demikian itu kerana mereka berkata kepada orang yang tidak menyukai perkara yang diturunkan oleh Allah, “Kami akan patuh kepada kamu dalam beberapa perkara (yang berhubung dengan menentang Muhammad dan pengikutnya) itu,” sedangkan Allah mengetahui segala rahsia mereka (sama ada perkataan atau perbuatan).
27. (Kalaulah mereka terlepas sekarang daripada bencana kejahatan mereka), maka bagaimanakah (mereka melepaskan diri daripada azab) apabila malaikat mengambil nyawa mereka sambil memukul muka dan punggung mereka?
28. (Kematian mereka dalam keadaan yang hina) itu, kerana mereka menurut (serta melakukan) perkara-perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah dan mereka pula membenci perkara-perkara yang diredhai-Nya. Maka, Allah menghapuskan (pahala) amalan mereka (yang baik).
29. Adakah orang (munafik) yang ada penyakit (syak dan kufur) dalam hatinya menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali akan mendedahkan perasaan dendam dan hasad dengki mereka (terhadap Nabi Muhammad dan umatnya)?
English
20. And say those who believe: “Why is not a surah sent down?” But when a decisive surah is sent down, and fighting is mentioned therein, you see those in whose hearts is a disease (hypocrite) looking at you the look of one fainting to death. Therefore woe be to them!
21. Obedience and gentle word is (better), therefore when the affair had been decided upon, then it would have been better for them, had then remained true to Allah.
22. Would you then, if you were given power, you will do evil in the land, and cut off your relationships?
23. They are the people whom Allah has cursed, therefore He has made them deaf and blinded their sight.
24. Do they not, then, ponder the Qur’an, or are there locks on their hearts?
25. Surely as for those who turned on their backs after guidance had been made clear to them, the Satan has seduced (beautiful for) them, and gave them false hopes.
26. That is so because they say to those who hate what Allah has revealed: “We will obey you in some of the matters” but Allah knows their secrets.
27. Then how shall it be when the angels cause them to die, smiting their faces and their backs?
28. This is because they followed that which displeased Allah, and they hated what pleases Him. Therefore He made their deeds fruitless.
29. Or do those in whose hearts there is a disease think that Allah will not bring to light their malice (hidden ill-wills)?
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

