j25h495-Surah Al-Zukhruf

Halaman 495

Tarjuman
Bahasa Melayu

74. “Sesungguhnya orang yang berdosa (dengan kekufurannya) kekal selama-lamanya di dalam azab Neraka Jahanam.”

75. Tidak diringankan azab itu daripada mereka dan mereka tinggal menderita di dalamnya dengan berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan),

76. Kami tidaklah menzalimi mereka, tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri.

77. Mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata), “Wahai Malik! Biarlah Tuhanmu mematikan kami sahaja (kerana kami tidak tahan menderita)!” Malik menjawab, “Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab!”

78. (Bagi menyatakan faktor mereka dikekalkan di dalam azab, Allah berfirman), “Sesungguhnya Kami benar-benar telah membawa kebenaran kepada kamu (melalui Rasul Kami), tetapi kebanyakan kamu membenci kebenaran itu.”

79. Bahkan mereka (yang kafir) itu telah memutuskan satu rancangan (hendak membunuh Rasul Kami), maka Kami juga mengambil keputusan (menggagalkan rancangan mereka).

80. Apakah mereka menyangka bahawa Kami tidak mendengar rahsia (yang terdapat di dalam hati) dan bisikan-bisikan mereka? Bahkan, utusan-utusan Kami (malaikat yang menjaga mereka) sentiasa menulis segala yang mereka lakukan.

81. Katakanlah (wahai Muhammad, kepada mereka yang musyrik itu), “Jika benar Allah Yang Maha Pemurah itu mempunyai anak (sebagaimana dakwaan kamu), maka akulah orang yang pertama yang akan menyembah anak itu (tetapi dakwaan kamu itu tidak berasas)!”

82. Maha Suci Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, Tuhan Yang mempunyai ‘Arasy (yang melambangkan kebesarannya) daripada apa yang mereka sifatkan itu.

83. Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatan mereka dan leka bermain-main (dalam dunia mereka), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan).

84. (Ingatlah) Allah jualah Tuhan yang berhak disembah di langit, dan Dia-lah Tuhan yang berhak disembah di bumi. Dia-lah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

85. Dan Maha Agung Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta segala yang wujud di antara kedua-duanya. Hanya di sisi-Nya jua pengetahuan mengenai (masa datangnya) hari kiamat. Kepada-Nya kamu semua akan dikembalikan.

86. Segala yang mereka sembah selain daripada Allah tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat (pertolongan), kecuali sesiapa yang mengakui kebenaran (dengan mentauhidkan Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya) dan mereka meyakininya.

87. Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka, “Siapakah yang menciptakan mereka?” Sudah tentu mereka akan menjawab, “Allah!” (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (daripada menyembah dan mengesakan-Nya)?

88. Dan (Dia-lah Tuhan yang mendengar rayuan Nabi Muhammad) yang berkata, “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman.”

89. (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman), “Jika demikian, maka berpalinglah engkau (wahai Muhammad) daripada mereka, dan katakanlah, ‘Salam.’ (Selamat tinggal buat kamu) Kelak mereka akan mengetahui (akibat keingkaran mereka).”

English

74. Surely the sinners will abide in the torment of Hell.

75. It will not be lightened for them, and they shall be in despair therein.

76. And We wronged them not, but they wronged themselves.

77. And they will cry: “O Malik (guardian of Hell)! Let your Lord finish us off.” He will say: “Surely you will abide forever.”

78. Certainly We have brought to you the (absolute) truth, but most of you are averse to the truth.

79. Or is it that they have settled an affair? But it is We who settle things.

80. Or do they think that We hear not their secrets and their consultations? Yes (we do), and Our Messengers (appointed angles) are near them, writing recording.

81. Say: “If there was a son to the Most Gracious, then I would be the first to worship.”

82. Glory be to the Lord of the heavens and the earth, the Lord of Throne, far above what they attribute (to Him).

83. Therefore leave them indulging in idle talk and play, until they meet the Day of theirs, which they have been promised.

84. He it is who is (the only) God in heaven, and (the only) God on earth, and He is the All-Wise, the All-Knowing.

85. And blessed is He to whom belongs the kingdom of the heavens and the earth, and what is between them, and with Him is the knowledge of the Hour, and to Him you shall be brought back.

86. And those whom they call upon besides Him have no power of intercession, except he who bears witness to the truth, and they know (it).

87. And if you ask them: “Who created them?” They will surely say: “Allah.” Then how they are turned away (from the truth)?

88. And by his saying: “O my Lord! These are the people who do not believe.”

89. Therefore turn away from them, and say: “Peace;” but soon they shall know.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi