Halaman 484
Tarjuman
Bahasa Melayu
11. Dia-lah Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan kamu berpasang-pasangan daripada jenis kamu sendiri (iaitu ketika Dia mencipta Hawa daripada tulang rusuk Nabi Adam) dan menjadikan juga daripada jenis binatang-binatang ternakan berpasang-pasangan (bagi binatang-binatang itu). Dengan jalan yang demikian (melalui proses penjodohan itu) kamu semua berkembang biak. Tiada sesuatu pun yang menyerupai-Nya (daripada segi zat, sifat-sifat dan pentadbiran-Nya). Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
12. Dia-lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi. Dia melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkannya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan segala sesuatu.
13. Allah telah mensyariatkan kepada kamu mengenai urusan agama sebagaimana yang telah diperintahkan kepada (Nabi) Nuh. Apa yang telah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan juga yang Kami telah perintahkan kepada (nabi-nabi) Ibrahim, Musa dan ‘lsa, “Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah.” Amat berat bagi orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta mendorong sesiapa yang dikehendaki-Nya untuk menerima agama tauhid itu dan memberi hidayah kepada agama-Nya itu sesiapa yang kembali kepada-Nya (dengan melakukan ketaatan).
14. Umat setiap rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan agama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ilmu pengetahuan (mengenai apa yang disuruh dan apa yang dilarang). Berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Kalaulah tidak kerana telah ada suatu ketetapan daripada Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) sehingga ke suatu masa yang tertentu, sudah pasti mereka telah pun binasa. Sesungguhnya orang (Yahudi dan Nasrani) yang diwariskan kitab (Taurat dan Injil oleh Allah) sesudah mereka, sebenarnya berada dalam keadaan syak yang menyebabkan keraguan (terhadap Kitab itu).
15. Oleh kerana itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada agama yang benar) dan tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, sebaliknya katakanlah, “Aku beriman kepada segala kitab yang diturunkan oleh Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat) dan hanya kepada-Nya tempat kembali (kesemuanya untuk dihakimi dan diberi balasan).”
English
11. The Originator of the heavens and the earth. He has made you for mates from among yourselves, and mates for the cattle (also), by this means He multiplies you. There is nothing like unto Him, for He is the All-Hearing, the All-Seeing.
12. To Him belong the keys of the heavens and the earth, He extends the provision for whom He wills, and He straitens it (for whom He wills). Surely He knows all things.”
13. He decreed for you the same religion which He enjoined upon Nuh, and that which We have commanded you, and that which We enjoined upon Ibrahim, and Musa, and ‘Isa, (saying): “Establish the religion, and be not divided into sects therein.” Hard upon the pagans is that to which you call them. Allah chooses to Himself whom He wills, and guides to Himself those who turn to Him (in repentance).
14. And they divided not into sects except after the (true) knowledge had come to them, through mutual jealousy. And had it not been for a word that gone forth from your Lord with regard to an appointed term, the matter would have been surely decided between them. And most surely those who were made to inherit the Book after them are in a grave doubt concerning it (the Qur’an).
15. And to this (religion) go on calling (them), and stand fast as you have been commanded, and follow not their desires, and say: “I believe in all the Books sent down by Allah, and I am commanded to judge justly between you. Allah is our Lord and your Lord. For us are our deeds, and for you are your deeds. There is no dispute between us and you. Allah will gather us together, and to Him is the return.”
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

