Halaman 452
Tarjuman
Bahasa Melayu
154. Apa kena dengan kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang ternyata salahnya itu)?
155. Maka apakah kamu tidak memikirkannya?
156. Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti yang nyata (menerangkan bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah)?
157. (Sekiranya ada), maka bawalah kitab kamu (yang menerangkan demikian), jika kamu sememangnya orang yang benar.
158. Mereka juga mengadakan pertalian nasab antara Allah dengan jin, padahal sesungguhnya jin itu mengetahui bahawa mereka (orang musyrik) akan diseret ke dalam azab neraka.
159. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sifatkan itu!
160. Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan (daripada sebarang syirik, maka mereka akan terselamat dan akan mendapat sebaik-baik balasan).
161. Maka sesungguhnya kamu (wahai orang musyrik) dan apa yang kamu sembah itu,
162. Tidak akan dapat menyesatkan seseorang pun terhadap Tuhannya,
163. Kecuali orang yang akan masuk ke dalam neraka yang menyala-nyala.
164. (Malaikat menegaskan pendirian mereka dengan berkata), “Tiada sesiapa pun daripada kalangan kami melainkan mempunyai kedudukan yang tertentu (dalam menyempurnakan tugas masing-masing).”
165. “Dan sesungguhnya kami benar-benar sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadah kepada Allah),”
166. “Dan sesungguhnya kami benar-benar sentiasa bertasbih (mensucikan Allah daripada sebarang sifat kekurangan)!”
167. Dan sesungguhnya mereka (yang musyrik) itu pasti akan berkata,
168. “Kalaulah ada di sisi kami kitab suci daripada orang (para rasul) yang terdahulu,”
169. “Tentulah kami akan menjadi hamba-hamba Allah yang ikhlas (yang beribadah kepada-Nya semata-mata).”
170. (Setelah al-Quran diturunkan kepada mereka), mereka mengingkarinya. Maka mereka akan mengetahui kelak (akibat kekufurannya).
171. Dan sesungguhnya telah tetap janji Kami bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi rasul.
172. Sesungguhnya merekalah orang yang diberikan pertolongan.
173. Dan sesungguhnya tentera Kami (orang yang beriman) itulah yang pasti menang.
174. Oleh itu, berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka (jangan menghiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.
175. Dan perlihatkanlah (apa yang akan menimpa) kepada mereka. Maka kelak mereka akan melihat (akibat kekufuran mereka).
176. Maka apakah mereka meminta supaya disegerakan azab (yang telah ditetapkan oleh) Kami?
177. Kerana apabila azab itu turun di dalam kawasan mereka, sudah tentu buruklah pagi hari orang yang tidak mengendahkan amaran yang telah diberikan itu.
178. Dan berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.
179. Dan perlihatkanlah (apa yang akan jadi). Maka kelak mereka akan melihat juga.
180. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan daripada apa yang mereka sifatkan!
181. Salam sejahtera ke atas sekalian rasul.
182. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
English
154. What is the matter with you? How do you judge in this way?
155. Will you not then take heed?
156. Or is it that you have a clear authority?
157. Then bring your book if you are truthful.
158. And they have invented between Him and the jinn a blood-relationship, and most surely the jinn know that they are to be called up (before their Lord).
159. Glory be to Allah and (He is) far above what they attribute.
160. Except the sincere (chosen) servants of Allah.
161. Then surely neither you nor what you worship,
162. Can mislead them from Him.
163. But (you can mislead) only him who is (predestined) going to enter Hell.
164. And there is none among us but has his appointed place.
165. And surely we (angles) are those who stand ranged in rows.
166. And surely we are those who glorify.
167. And they surely used to say.
168. “Had we a reminder from those of old,
169. Surely we would have been the (chosen) servants of Allah, sincere.”
170. (But now) they disbelieve in it, then in time they will know.
171. And most surely Our word has gone forth in favour of Our servants, the Messengers.
172. “Most surely they will be helped.
173. And surely Our host will be the victorious.”
174. Then turn from them for a while.
175. And watch them, they too will watch (their own end).
176. Do they seek to hasten Our punishment?
177. But when it descends in their midst, then it shall be an evil morning for those who are warned.
178. So turn away from them for a while.
179. And watch them, they too will watch (their own end).
180. Glory be to your Lord, Lord of honour, far above what they attribute.
181. And peace be with the Messengers.
182. And all praise is due to Allah, Lord of all the worlds (universe).
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

