Halaman 448
Tarjuman
Bahasa Melayu
52. Dia (rakan yang tidak beriman itu) berkata, “Adakah engkau juga salah seorang daripada golongan yang membenarkannya (kebangkitan selepas mati pada hari akhirat)?”
53. (Sambung rakannya itu lagi), “Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan?”
54. (Setelah menceritakan perihal rakannya itu) dia (penghuni syurga) berkata (kepada teman yang bersamanya), “Adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanku yang ingkar itu)?”
55. Maka dia pun memandang (ke arah neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada di tengah-tengah neraka yang menyala-nyala.
56. Dia pun (menempelaknya dengan) berkata, “Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan aku dalam kebinasaan.”
57. “Kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayah), nescaya aku juga termasuk daripada orang yang diseret (ke dalam neraka untuk menerima balasan azab).”
58. (Kemudian dia berkata kepada rakan-rakannya yang sedang menikmati kesenangan di syurga bersama-samanya), “Apakah kita (setelah mendapat nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi,”
59. “Selain daripada kematian kita yang dahulu, dan kita juga tidak akan diseksa?”
60. Sesungguhnya ini benar-benar kemenangan yang besar.
61. Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia).
62. Itukah hidangan yang lebih baik atau pokok Zaqqum (untuk ahli neraka)?
63. Sesungguhnya Kami menjadikan pokok Zaqqum itu satu ujian bagi orang yang zalim (di dunia dan azab bagi mereka di akhirat).
64. Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menyala-nyala.
65. Mayang (buahnya) seolah-olah kepala-kepala syaitan.
66. Maka sudah tentu mereka akan memakan daripada buahnya (sekalipun pahit dan busuk akibat kelaparan yang amat sangat), sehingga mereka memenuhi perut dengannya.
67. Kemudian, sesungguhnya mereka akan beroleh lagi selain itu satu minuman campuran daripada air panas yang menggelegak.
68. Setelah (mereka diberi minum) maka tempat kembali mereka tetaplah ke dalam Neraka Jahim.
69. Sebenarnya mereka telah mendapati nenek moyang mereka berada dalam kesesatan.
70. Lalu mereka terburu-buru menurut jejak langkah (nenek moyangnya).
71. Dan sesungguhnya, telah sesat juga sebelum kaummu (wahai Muhammad) kebanyakan kaum-kaum yang terdahulu.
72. Padahal, sesungguhnya Kami telah pun mengutus dalam kalangan kaum-kaum itu, rasul-rasul pemberi peringatan.
73. Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang (yang mendustakan rasul-rasul Kami) setelah diberi peringatan,
74. Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan (daripada sebarang syirik, maka mereka akan terselamat dan mendapat sebaik-baik balasan).
75. Dan sesungguhnya (Nabi) Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan), maka Kami adalah sebaik-baik yang mengabulkan doa permohonan.
76. Dan Kami telah selamatkannya bersama-sama dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya, daripada bencana yang besar.
English
52. Who used to say: ‘Are you one of those who believe (in resurrection after death)?
53. When we are dead and have become dust and bones, shall we then be called to account?’”
54. He will (then) say: “Will you look down?”
55. Then he looked down and saw him right in the centre of Hell.
56. He said: “By Allah, you were very near of causing me to perdition (ruin).
57. And had it not been for the grace of my Lord, I would surely have been among those brought forth (to Hell).”
58. “Is it then that we are not going to die (again),
59. Except our previous death, and we are not going to suffer?
60. Most surely this is the great attainment.”
61. For the like of this then let the workers work.
62. Is this (paradise) better entertainment or the tree of Zaqqum?
63. Surely We have made it a trial for the wrongdoers.
64. It is a tree which comes out of the centre of Hell,
65. The shoots of its fruit-stalks is like the heads of devils.
66. Then most surely they will eat of it and fill their bellies with it,
67. Then they will have on top of it a mixture of boiling water.
68. Then surely their return shall be towards Hell.
69. Surely they found their fathers going astray,
70. So they walk blindly on their footsteps.
71. And surely the majority of the ancients went astray before them.
72. And surely We have already sent warners among them.
73. Then see what was the end of those who were warned.
74. Except the sincere servants of Allah.
75. And most surely Nuh cried to Us, and We are the best of those who answer.
76. And We saved him and his family from the great calamity.
Tamil


Tilawah
Riwayat Hafs daripada ‘Asim
Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi

