Surah Al-Saffat-j23h446

Halaman 446

Tarjuman
Bahasa Melayu

1. Demi (para malaikat) yang berbaris dengan teratur dan tersusun.

2. Dan (rombongan para malaikat) yang melarang (daripada kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya,

3. Dan (rombongan) yang membaca (al-Quran) sebagai peringatan.

4. Sesungguhnya Tuhan kamu benar-benar Esa,

5. Tuhan (yang mencipta serta mentadbir) langit dan bumi serta segala yang ada di antara kedua-duanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.

6. Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan planet-planet (dan bintang-bintang).

7. Dan (Kami memelihara langit itu) dengan sebaik-baik kawalan daripada setiap syaitan yang derhaka.

8. (Dengan itu) mereka tidak dapat mencuri dengar (percakapan) malaikat dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah,

9. Untuk mengusir mereka. Mereka pula beroleh azab yang kekal.

10. Kecuali sesiapa di kalangan syaitan-syaitan itu yang mencuri dengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu (dengan rejaman) meteor (tahi bintang) yang membakarnya.

11. (Setelah nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang mengingkari kebangkitan semula orang mati), “Adakah diri mereka yang paling sukar hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka daripada tanah liat (justeru mereka tidak sepatutnya bersikap sombong).”

12. (Pertanyaan itu tidak juga berfaedah kepada mereka) bahkan engkau merasa hairan (terhadap keingkaran mereka), dan sebaliknya mereka pula mengejek-ejek engkau.

13. Apabila diperingatkan, mereka tetap tidak mahu menerima peringatan itu.

14. Dan apabila mereka melihat sesuatu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan kebenaranmu), mereka mencari-cari jalan memperolok-olokkannya,

15. Serta mereka berkata, “Ini hanyalah sihir yang nyata.”

16. “Adakah sesudah kami mati serta menjadi tanah dan tulang, adakah kami akan dibangkitkan (hidup) semula?”

17. “Dan adakah juga nenek moyang kami yang terdahulu (akan dibangkitkan hidup semula)?”

18. Jawablah (wahai Muhammad), “Ya, benar! (Kamu semua akan dibangkitkan) dengan keadaan hina-dina.”

19. (Kebangkitan ini mudah) kerana sesungguhnya ia boleh berlaku hanyalah dengan satu pekikan sahaja, maka dengan serta-merta mereka semuanya (bangkit) melihat (apa yang akan terjadi).

20. Dan (pada saat itu) mereka berkata, “Alangkah celakanya kami, ini ialah hari balasan!”

21. (Lalu malaikat berkata kepada mereka), “Ini ialah hari pemutusan hukum yang dahulu kamu mendustakannya.”

22. (Allah berfirman kepada malaikat), “Himpunkanlah orang yang zalim itu, dan teman-teman karib mereka (syaitan-syaitan), serta sembahan-sembahan yang mereka sembah,”

23. “Selain Allah serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa ke neraka.”

24. “Dan tahanlah mereka (di tempat perhentian), kerana sesungguhnya mereka akan disoal.”

English

1. By those (angles) who range themselves in ranks.

2. Then by those (angles) who drive (the cloud).

3. Then by those (angles) who recite the message study (the Qur’an) by way of reminder.

4. Most surely your God is One,

5. Lord of the heavens and the earth and what is between them, and Lord of every point of the sun’s risings.

6. Surely We have adorned the nearest heaven with adorning planets,

7. And guarded it from every rebellious Evil.

8. (So that) they cannot listen to the exalted assembly, and they are thrown down from every side.

9. Repulsed, and for them is a constant torment.

10. Except who tries to snatch a snatching, and there followed him a bright burning flame.

11. Therefore ask them to reply: “Are they stronger in creation, or the (other) whom We have created?” Surely We have created them out of sticking wet clay.

12. But you (O Muhammad) do wonder, and they mock (at you).

13. And when they are reminded, they pay no heed,

14. And when they see a sign, they to make a mockery at it.

15. And they say: “This is nothing but a clear sorcery;

16. When we are dead and have become dust and bones, shall we surely (then) be raised up?

17. And also our fathers of old?”

18. Say: “Yes and you shall be disgraced.”

19. It will be but a single cry, and behold! They will be staring.

20. And they will say: “O woe to us! This is the Day of Judgment.”

21. (It will be said): “This is the Day of Decision which you used to deny.”

22. Assemble those who did wrong, and their companions, and what they worshipped.

23. Besides Allah, then lead them to the path of Hell.

24. And stop them, surely they are to be questioned.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
Khulasah Al-Quran