j23h445-Surah Yasin

Halaman 445

Tarjuman
Bahasa Melayu

71. Tidakkah mereka melihat (dan memikirkan) bahawa Kami telah menciptakan binatang-binatang ternakan antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami untuk mereka, lalu mereka memilikinya?

72. Dan Kami menjinakkannya untuk kegunaan mereka. Maka, sebahagian daripadanya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.

73. Dan mereka beroleh pelbagai faedah pada binatang ternakan itu dan juga beroleh minuman (daripada susunya), maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?

74. Dan mereka menyembah beberapa tuhan selain Allah, (dengan harapan) semoga mereka mendapat pertolongan (daripada makhluk-makhluk itu).

75. Sembahan-sembahan mereka itu tidak dapat menolong mereka sama sekali, sedangkan sembahan-sembahan itu sendiri menjadi tentera (menurut dakwaan mereka) yang akan dibawa hadir (di dalam neraka bersama mereka).

76. Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka nyatakan.

77. Tidakkah manusia itu memperhatikan bahawa Kami telah menciptakannya daripada (setitis) air mani? Namun, (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan kekuatannya) maka tiba-tiba dia menjadi seorang penentang yang nyata (tidak mahu mempercayai hari kebangkitan),

78. Serta dia mengemukakan perumpamaan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dia juga lupa kepada kejadiannya (yang lemah asalnya) sambil bertanya, “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur ini?”

79. Katakanlah, “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pertama kali. Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakan-Nya).”

80. “Tuhan yang telah menjadikan api (yang boleh didapati) daripada pohon-pohon yang hijau untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api daripada pohon-pohon itu.”

81. Tidakkah diakui bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Dia menciptakan mereka dahulu? Ya! Dia-lah Pencipta (yang tidak ada bandingan-Nya) lagi Yang Maha Mengetahui.

82. Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu, “Jadilah engkau!” Maka ia terus menjadi.

83. Oleh itu, Maha Suci Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu. Kepada-Nya kamu semua dikembalikan.

English

71. Well then, do they not see that, out of what Our hands have worked, We created cattle for them, then they become the owners thereof?

72. And We have subjugated them for their use so that some of them they ride, and some of them they eat.

73. And there are therein other uses (benefits) and drinks (milk) for them. Will they not grateful?

74. And they adopt other gods besides Allah,(hoping) that they may be helped.

75. They cannot help them, but they shall be brought up (before Allah) as being their devotees (lit. army).

76. Therefore let not their saying grieve you. Surely we know what they hide and what they disclose.

77. Well then, does not man see that We have created him from a sperm? Then behold! He is an open disputant!

78. And he sets forth a likeness (parable) for Us, and forgets his own creation. He says: “Who will give life to the bones when they have become decayed?”

79. Say (O Muhammad): “He will give life to them who created them for the first time. And He is the Knower of all creation.

80. He Who makes for you fire from the green tree, then behold! You kindle from it.”

81. Well then, is not He who created the heavens and the earth able to create the like of them? Indeed, for He is the Great-Creator, the All-Knowing.

82. Verily when He desires a thing, His only command merely to say it: “Be” and it becomes.

83. Therefore Glory be to Him in whose Hand is the kingdom of all things, and to Him will you be brought back.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi
STEM-Q
Asbab-al-Nuzul