Surah Yasin-j23h444

Halaman 444

Tarjuman
Bahasa Melayu

55. Sesungguhnya penduduk syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan.

56. Mereka dengan pasangan masing-masing bersuka ria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin.

57. Mereka beroleh di dalam syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki.

58. (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera daripada Tuhan Yang Maha Penyayang.

59. Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang yang kafir), “Berpisahlah kamu pada hari ini, wahai orang yang berdosa, (daripada bercampur gaul dengan orang yang beriman).”

60. “Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata terhadap kamu!”

61. “Dan (Aku perintahkan), hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus.”

62. “Dan sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai dalam kalangan kamu. (Setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka apakah kamu tidak memikirkannya?”

63. “Inilah Neraka Jahanam, yang dahulu kamu diancam (kalau kamu tidak mentaati perintah Allah, maka kamu akan memasukinya).”

64. Masuklah ke dalamnya (rasalah kamu bakarannya) pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!”

65. Pada hari ini, Kami kuncikan mulut mereka dan tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), serta kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.

66. Jika Kami kehendaki, pasti Kami menghapuskan penglihatan mata mereka, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?

67. Jika Kami kehendaki, pasti Kami mengubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya. Maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang.

68. Sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, nescaya Kami kembalikan kejadiannya (kepada keadaan serba lemah). Maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?

69. Dan kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad), dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan.

70. Supaya dia memberi peringatan kepada orang yang masih hidup (hatinya), dan supaya nyata ketetapan hukuman (azab) terhadap orang yang kafir.

English

55. Surely the companions of the Garden shall be happy that day in all that they do.

56. They and their wives shall be reclining on raised couches under the (pleasant) shades.

57. They shall have therein fruit, and whatever they call for.

58. “Peace” shall be the word from the Merciful Lord.

59. “And O you sinners, separate yourselves this day (from the rest).”

60. “O Sons of Adam! Did We not covenant with you, that you should not worship Satan, for he is clear enemy to you?”

61. “And that you should worship Me. That is the straight path?”

62. And surely he has misled from you a large number of people. Did you not then understand?

63. “This is the Hell which you were promised.

64. Enter it this day because you disbelieved.”

65. On that day We shall seal up their mouths, and their hands will speak to Us, and their feet will bear witness to all what they used to do.

66. And if it had been our will, We could certainly wiped out (blinded) their eyes, so that they would struggle to find the way, but how would they see?

67. And if it had been our will, We could have transformed them in their places, then they would not be able to go (forward) or tum back.

68. And whomsoever We cause to live long, We reverse him in creation. Do they not then understand?

69.  And We have not taught him (Muhammad) poetry, nor is it suitable for him. This is nothing but a Reminder and and a Qur’an that makes (things) clear.

70. That it may warn all who are alive, and that the sentence may be justified against the disbelievers.

Mandarin
Tamil
Tilawah

Riwayat Hafs daripada ‘Asim


Sheikh Dr. Ahmad ‘Isa Alma’sarawi